Monday, 22 December 2014

GRO MATI DITEMBAK


Oleh: RAZA SYAZANI

SHAH ALAM, 7 Nov – Seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai bekerja sebagai ‘Guest Relation Officer’ (GRO), mati ditembak di kawasan pembinaan bangunan baru berhampiran Public Bank, Seksyen 15 di sini, pagi semalam.
Pemangku Timbalan Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Shah Alam, DSP Syed Aziz Syed Omar Jalalulail Al-Barakabah berkata, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa mati serta-merta di tempat kejadian selepas dua kali das tembakan dilepaskan di sebelah kanan kepala mangsa.

“Mayat mangsa dijumpai oleh seorang warga Bangladesh kira-kira jam 6.30 pagi di kawasan letak kenderaan, tapak pembinaan berkenaan dalam sebuah kereta jenis Mercedes Benz bernombor CLK240 dengan enjin yang masih hidup,” jelas beliau.
Menurut saksi kejadian, Bahadur Abdul Saleem, 27, beliau yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja terkejut menemui seorang gadis yang terbaring dengan keadaan berdarah di kepala dalam sebuah kereta yang masih hidup enjin keretanya.
“Oleh sebab risau dan terkejut, saya terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan tentang kejadian ini,” katanya.
Mangsa, Nadia Ahmed, 18 dikatakan mati ditembak dalam kereta berkenaan pada pukul 3.00 pagi. Beliau berasal dari Ampatenang, Dengkil dan bekerja dengan Datuk Shamuganathan Pilai, seorang ahli perniagaan yang terkenal.

Kereta Mercedes Benz warna hitam bernombor CLK240 yang mana Nadia ditemui mati itu didaftarkan di bawah nama Datuk Shamuganathan Pilai. Namun, Shamuganathan ketika dihubungi pihak polis berada di New Delhi, India atas urusan perniagaan selama dua hari.
Keluarga Shamuganathan mengenali Nadia dan mereka memaklumkan bahawa Nadia merupakan pelayan (GRO) yang sah kepada ahli perniagaan berkenaan dan diberi kebenaran untuk memandu kereta tersebut.

Motif pembunuhan masih lagi dikenal pasti dan disiasat oleh pihak polis. Tetapi pihak polis percaya pembunuhan ini ada kaitan dengan Datuk Shamuganathan kerana beliau mempunyai ramai musuh dalam bidang perniagaan.

Pihak polis mendapati bahawa dua das tembakan tersebut dilakukan menggunakan pistol jenis Smift&Watson dan kedap bunyi. Penembak ini diistilahkan sebagai berpengalaman kerana pandai mengelak daripada tumpuan orang ramai terhadap bunyi tembakan berkenaan.

Kes ini akan diadili di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Nadia Ahmed, 18 dipercayai seorang GRO telah mati ditembak dengan dua das tembakan di kawasan pembinaan baharu Shah Alam.


*laporan ini hanya sekadar rekaan dan atas tujuan simulasi dalam kelas serta tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati*
Posted on by RAZA SYAZANI MUHAMMAD | No comments

0 comments:

Post a Comment