Sejak kebelakangan ini, fesyen pakaian "color block" atau warna kontra semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen, terutamanya wanita dan golongan muda mudi. Tidak ramai yang berani memakai pakaian fesyen "color blocking". Hal ini demikian kerana, ada sesetengah masyarakat yang berpendapat bahawa fesyen "color blocking" menampakkan seseorang itu seakan-akan seorang badut. Lebih memedihkan telinga apabila ada yang menyatakan bahawa anda seperti pendatang asing dari Bangladesh apabila memadankan warna yang bertentangan. Memakai pakaian warna yang terang dalam satu penampilan dilihat janggal. Baju kuning, beg tangan merah jambu dan kasut berwarna biru, sebagai contoh dilihat pelik.
Sebenarnya, apa yang si penyindir tidak tahu ialah gabungan dua warna atau lebih rona polos dalam pemakaian adalah fesyen terkini yang dinamakan “colour blocking” atau warna kontra. Hakikatnya, gaya begini atau dipanggil "color block", tidak asing, bukan perkara baru. Ketika era 60-an, "color block" menjadi kegilaan penggemar fesyen dan ibarat roda, fesyen itu kini kembali menjadi fenomena.
Bahkan, setiap tahun, ramalan warna di pentas peragaan menjadi isu hangat, begitu juga dengan kemuncak penggunaan warna dalam tata rias kerana warna mampu memercikkan semangat kepada setiap individu. Tahun ini, pemilihan fabrik pakaian berwarna kontra menjadi gaya yang popular di seluruh dunia terutamanya bagi kaum wanita kerana wanita seringkali dilabelkan gemar mengenakan pakaian sedondon dari atas hingga ke bawah. Namun, kaum lelaki juga turut tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen warna kontra ini. Antara warna yang menjadi kegilaan dalam trend "color block" adalah merah, fuschia, biru elektrik (electric blue), biru diraja (royal blue), kuning, jingga (tangerine orange), merah jambu (neon pink dan shocking pink) serta rangkaian hijau terang.
Warna kontra atau "color block" merupakan gabungan warna-warna terang pada pakaian, contohnya warna merah jambu dengan kuning, hijau dengan ungu, oren dengan biru dan pelbagai lagi. Biarpun sebelum ini fesyen warna kontra dilihat sebagai sesuatu yang pelik, tetapi kini tidak lagi kerana fesyen ini bukan sahaja menjadi kegilaan selebriti, malahan turut menjadi ikutan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pemilihan warna sesuka hati ini tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar kerana terpaksa membeli aksesori atau pakaian yang sama warna. Pakaian "color block" adalah pakaian yang dipakai serentak seperti baju, skirt, kardigan, kasut, tudung dan sebagainya yang terdiri daripada pelbagai warna terang. Contohnya, baju merah dipakai bersama skirt biru, kardigan ungu, kasut jingga dan tudung berwarna kuning. Beranikah anda?
Kini, fesyen "color block" mendapat tempat di hati warga Malaysia terutama anak-anak muda. Sungei Wang, Berjaya Times Square dan Lot 10, menjadi tumpuan remaja masa kini di Kuala Lumpur untuk mendapat barangan yang bertemakan "color block". Butik-butik pakaian kini juga memainkan peranan dengan lebih banyak mengeluarkan produk-produk pakaian yang menjurus ke arah fesyen "color blocking". Harga pakaian yang dijual bertatutan dengan kumpulan tumpuan iaitu remaja yang kebanyakannya masih melanjutkan pelajaran dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
“Saya berbadan kurus tetapi mempunyai kaki yang agak besar, jadi saya gunakan nada lebih gelap pada bahagian yang seharusnya disembunyikan atau kurang cantik sementara warna lebih terang pada bahagian yang lebih menonjol untuk menarik lebih perhatian,” katanya. Sesuaikan dengan tubuh dan bentuk badan seperti kelaziman dalam penggayaan. Contohnya, nada warna gelap pada bahagian pinggang ke bawah untuk nampak lebih volume (lebih menonjol) di bahagian bawah badan selain menampakkan kesan langsing. "Kini amat mudah untuk saya mendapatkan pakaian dalam fesyen "color block" ini kerana banyak butik-butik pakaian sekarang menyediakan pakaian seperti yang saya inginkan. Malah, harganya berpatutan untuk saya yang masih belajar", katanya.
Fesyen color block dilihat sebagai satu inspirasi fesyen moden yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja dan amat berpatutan. Oleh itu, kita hendaklah berani dalam berfesyen dan pandai berbelanja. Penampilan kita pada hari ini sememangnya tidak boleh lari dari dunia fesyen. Hari ini, fesyen warna kontra atau “color blocking” semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen, bukan sahaja dalam kalangan selebriti, malahan turut menjadi pilihan utama masyarakat, khususnya bagi penggemar fesyen terkini. Jangan takut untuk menggayakan fesyen warna kontra kerana kontra itu bakal menimbulkan penegasan serta menampakkan anda sebagai seorang yang berani.
Sebenarnya, apa yang si penyindir tidak tahu ialah gabungan dua warna atau lebih rona polos dalam pemakaian adalah fesyen terkini yang dinamakan “colour blocking” atau warna kontra. Hakikatnya, gaya begini atau dipanggil "color block", tidak asing, bukan perkara baru. Ketika era 60-an, "color block" menjadi kegilaan penggemar fesyen dan ibarat roda, fesyen itu kini kembali menjadi fenomena.



Fesyen color block dilihat sebagai satu inspirasi fesyen moden yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja dan amat berpatutan. Oleh itu, kita hendaklah berani dalam berfesyen dan pandai berbelanja. Penampilan kita pada hari ini sememangnya tidak boleh lari dari dunia fesyen. Hari ini, fesyen warna kontra atau “color blocking” semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen, bukan sahaja dalam kalangan selebriti, malahan turut menjadi pilihan utama masyarakat, khususnya bagi penggemar fesyen terkini. Jangan takut untuk menggayakan fesyen warna kontra kerana kontra itu bakal menimbulkan penegasan serta menampakkan anda sebagai seorang yang berani.
0 comments:
Post a Comment